PUBLICATION DETAILS

Add to Cart
Qty:
PUBLICATION TITLE: Buletin Penyelidikan MARDI Vol. 10 No. 3 (1982) CODE: BP010.3
ARTICLE TITLE: A case of warfarin resistance in Rattus rattus Diardii (Jentink) CODE: BP010.3.9(p378-383)
AUTHORS: Lam Yuet Ming (Main Author), Elanjaran Mohan, Lee Ah Kow, Y.P Tan
ISBN:
ISSN: 0126-5709
PUBLICATION YEAR: 1982
LANGUAGE: English
DESCRIPTOR:
SYNOPSIS/ABSTRACT: (English)
  (Malay)
Kesan kekebalan warfarin terhadap tikus R. rattus diardii yang diperangkap dari ladang koko Kuala Bernam, Teluk Anson, Perak, telah diperiksa melalui ujian-ujian makmal. Dari 14 ekor tikus tersebut lima didapati kebal terhadap warfarin bila dibandingkan dengan tikus-tikus dari jenis yang sama yang sebelumnya tidak pernah terkena (termakan) warfarin. dalam ujian yang dijalankan selama 6 hari, warfarin pada kepekatan 0,025%, didapati bahawa takaran membunuh tikus jantan dan tikus betina masing-masing ialah 49.8mg/kg dan 30.8 mg/kg. Purata tempoh mati bagi tikus jantan ialah 7.4 hari sementara tikus betina pula ialah 14 hari. Dalam ujian pemakanan 'tanpa pilihan' yang dibuat selama 30 hari menggunakan kepekatan racun yang sama, empat dari lima tikus yang diuji mati. Dua tikus betina mati pada hari ke 14, setelah masing-masing memakan racun pada kadar 107.2 mg/kg dan 119.3 mg/kg. Seekor tikus jantan mati pada hari yang ke 24 setelah memakan racun pada kadar 205 mg/kg dan seekor lagi tikus jantan mati pada hari ke 34 setelah memakan racun pada kadar 241.7 mg/kg. Sementara itu tikus betina yang terselamat terus hidup setelah memakan racun pada kadar 347.4 mg/kg. Corak pemakanan yang tidak tetap (terputus-putus) oleh tikus-tikus yang tahan terhadap warfarin adalah penting dari sudut amali untuk mengawal tikus-tikus ini dengan menggunakan warfarin.
PRICE: RM 6.00