Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas (L.) Lam adalah salah satu makanan ruji utama selain daripada gandum, beras, jagung, barli, ubi kentang dan ubi kayu. Sebagai menunjukkan komitmen yang tinggi pihak MARDI dalam menyokong pembangunan sektor pertanian negara, MARDI telah menjalankan kajian yang lengkap terhadap tiga varieti ubi keledek ungu yang mempunyai nilai nutrisi pemakanan yang tinggi iaitu antosianin yang sangat bernilai kepada kesihatan semua golongan serta mengeluarkan hasil yang tinggi. Tiga varieti ubi keledek unggu ini dinamakan Anggun 1, Anggun 2 dan Anggun 3.
Teknologi pengeluaran ubi keledek ungu yang dibangunkan telah didokumenkan dalam bentuk manual yang lengkap. Buku ini merangkumi semua aspek bermula daripada penyediaan bahan tanaman sehinggalah kepada penghasilan produk serta kos pengeluaran dan pulangan.
Weight | 200 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.