Tentang MARDI

Penerbit MARDI

MARDI adalah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian serta industri asas tani. Usaha penyelidikan MARDI selama lebih 50 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baharu, baka ternakan dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah menghasilkan bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hortikultur dan ternakan. Teknologi ICT juga dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi penanaman tepat.

Selain melaksanakan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D), Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.

eBookshopMARDI

ebookshop.mardi.gov.my ialah kedai buku mardi dalam talian yang menawarkan ratusan tajuk buku serta majalah terbaik terbitan MARDI yang berkaitan dengan pertanian, ternakan, industri asas tani, teknologi pemprosesan makanan, herba dan sebagainya.

Misi MARDI

Memacu produktiviti dan kelestarian pertanian melalui penjanaan dan pemindahan teknologi moden, cekap dan kos efektif. Memperkukuh sumber kewangan, kompetensi, fasiliti dan infrastruktur bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan. Meningkatkan visibiliti dan tadbir urus yang baik melalui pengurusan yang berkesan, cekap, telus dan akauntabiliti.

Visi MARDI

Penjana terulung teknologi inovatif untuk kelestarian dan daya saing industri pertanian menjelang 2030.

Skil Penerbit MARDI

Kepuasan Pelanggan
99 %
Penghantaran Tepat Masa
99 %
Kualti Produk
99 %
Khidmat Pelanggan
99 %

Koleksi Penerbit MARDI

Penerbitan MARDI bermula sejak tahun 1971. Penerbitan MARDI terdiri daripada penerbitan berkala dan tidak berkala. Penerbitan berkala merupakan penerbitan bersiri seperti jurnal, laporan tahunan MARDI, buletin, majalah, siri panduan usahawan dan newsletter. Penerbitan jurnal, Buletin Teknologi MARDI, Newsletter Scientia dan IMEJ Komunikasi MARDI diterbitkan secara dalam talian, manakala penerbitan berkala yang lain dicetak.

Penerbitan tidak berkala pula seperti manual teknologi, laporan MARDI, buku ilmiah, buku mewah, buku am dan lain-lain.

Selamat datang pelanggan yang dihormati

Daftar e-mel anda 

Dapatkan maklumat terkini berkenaan jualan buku dan majalah keluaran Penerbit MARDI secara dalam talian. Tawaran eksklusif dan diskaun hebat menanti anda.

Product added!
The product is already in the wishlist!
× WhatsApp Kami