Ubi keledek Lembayung ini mengandungi kandungan antosianin yang tinggi iaitu, 3.19 – 7.05 mg/g. Tanaman ubi keledek Lembayung sesuai dituai dalam tempoh 91 – 105 hari selepas tanam dengan purata hasil 25 – 30 t/ha. Berdasarkan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan, ubi keledek Lembayung didapati sesuai untuk dimakan segar sama ada direbus, dikukus, digoreng atau dibakar. Kandungan berat kering (DMC) ubi keledek Lembayung adalah tinggi iaitu 34 – 37% dan ia sesuai untuk diproses menjadi tepung serta dijadikan ramuan dalam produk kesihatan.
Weight | 150 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.