Kehilangan lepas tuai padi boleh ditakrifkan sebagai satu kehilangan yang berlaku akibat daripada tumpahan padi yang disebabkan oleh kecuaian pengendalian atau pengurusan manusia, ketidakcekapan dalam setiap rantaian pengendalian operasi lepas tuai, sistem pemprosesan di kilang yang kurang efisien dan diserang oleh serangga perosak semasa penyimpanan. MARDI telah mengeluarkan satu garis panduan yang lengkap dinamakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kehilangan lepas tuai padi. SOP ini berkaitan kaedah-kaedah yang sesuai semasa pengendalian lepas tuai bagi semua rantaian lepas tuai padi seperti penuaian, pengangkutan, pengeringan dan sebagainya.
Weight | 430 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.