Seawal tahun 60-an, MARDI telah memulakan kacukan pokok durian antara 10 klon popular pada masa tersebut iaitu D2, D3, D7, D8, D10, D16, D24, D63, D66 dan D96. Pada tahun 1981, tiga progeni yang sangat berpotensi telah dikenal iaitu MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88 yang telah dihasilkan melalui kacukan D10 dan D24. MARDI telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan Manual Teknologi Pengeluaran Durian MDUR. Manual ini menerangkan dengan lebih lanjut secara teknikal dalam proses pembangunan hibrid MDUR di MARDI dan perbezaan superior klon MDUR berbading klon lain. Manual ini juga memberi garis panduan kepada semua pengusaha ladang dalam memahami dan mengendalikan aktiviti penanaman durian MDUR.
Weight | 100 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.