Agromedia Khas Nanas edisi pertama iaitu edisi Penanaman Nanas diterbitkan sempena dengan Majlis Pelancaran Hibrid Baharu Nanas MARDI. Majalah Agromedia edisi khas ini diterbitkan bagi memaparkan teknologi yang dihasilkan daripada penyelidikan berkaitan tanaman dan penanaman nanas yang memberi faedah dan kefahaman kepada masyarakat khususnya yang berkaitan dengan industri nanas Malaysia. Bagi meningkatkan pengeluaran nanas sejajar dengan dasar pertanian Malaysia untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani, MARDI sebagai agensi R&D telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan pelbagai inovasi dalam bentuk teknologi dan pengetahuan di samping memberi khidmat teknikal kepada golongan sasar.
Weight | 100 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.