Padi adalah komoditi penting di Malaysia kerana nasi merupakan makanan ruji penduduk negara ini. Padi juga adalah tanaman yang unik kerana ia boleh ditanam dalam pelbagai keadaan rejim kelembapan iaitu daripada yang ditakungi air seperti di sawah sehingga keadaan kering di darat dan lereng-lereng bukit.
Padi aerob adalah sistem pengeluaran padi baharu yang bertujuan mengurangkan keperluan air untuk tanaman padi. Melalui sistem pengeluaran padi aerob, varieti padi berhasil tinggi dapat ditanam dalam keadaan tanah aerob (tanpa air bertakung dan tanah beroksigen). Buku ini membincangkan amalan dan pengurusan tanaman padi aerob yang cekap dan berkesan untuk meningkatkan hasil dan pengeluaran padi di kawasan yang mengalami masalah kekurangan air.
Weight | 460 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.