Telur masin ialah sejenis hasilan pengawetan telur itik untuk meningkatkan cita rasa dan daya ketahanan produk ketika disimpan. Proses pengawetan telur dijalankan dengan menggunakan garam (natrium klorida) yang dilarutkan di dalam air bersih atau buburan tanah liat. Telur itik yang telah diawet sehingga cukup masin dapat disimpan dan digunakan dengan selamat sehingga 2-3 bulan (Samsudin dll. 1992). Jika tidak diawet, telur itik akan cepat rosak dan hanya selamat disimpan dalam tempoh 2 minggu sahaja (Walter dan Parker 1976).
Weight | 100 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.