Industri rumpai laut merupakan industri yang sedang membangun. Analisis situasi semasa menunjukkan bahawa industri ini boleh dimajukan pada tahap yang lebih baik. Industri rumpai laut negara yang tertumpu di Sabah merupakan industri yang diberi nafas baharu dalam National Key Economic Area atau NKEA. Komoditi ini dipilih sebagai salah satu komoditi pertanian bernilai tinggi yang berupaya meningkatkan taraf ekonomi negara berpendapatan tinggi.
Penerbitan buku ini merupakan satu usaha MARDI untuk membangunkan industri rumpai laut negara. Buku ini merangkumi pengenalan dan sejarah industri rumpai laut, perkembangan penternakan rumpai laut di Sabah, kaedah penternakan, kajian lapangan di Sabah, amalan baik penternakan rumpai laut, penggunaan rumpai laut serta kebaikan rumpai laut.
Weight | 160 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.