Menerusi edisi khas ini, Pusat Penyelidikan Hortikultur,
MARDI, mengetengahkan dua varieti unggul baharu MARDI,
iaitu Melomax 1 dan Melomax 2. Kedua-dua varieti ini
menawarkan kualiti buah yang premium dengan segmen
rasa yang berbeza, iaitu manis dan masam-manis, buah
berkualiti yang kaya nutrisi serta menawarkan hasil yang
maksimum. Selain pomelo dan limau manis, edisi ini turut
mengupas kepentingan sitrus lain seperti limau kasturi,
nipis dan purut yang menjadi tunjang industri makanan
dan minuman. Selain itu, beberapa spesies sitrus eksotik
juga dipaparkan kerana potensi pasaran masa hadapannya,
seperti lemon dan limau jari. Fokus juga diberikan kepada
usaha memelihara khazanah genetik sitrus natif negara agar
potensi komersialnya terus dapat diterokai dan dipelihara.
| Weight | 300 g |
|---|





Reviews
There are no reviews yet.