Kunyit hitam (Kaempferia parviflora) merupakan tanaman herba bernilai tinggi yang semakin signifikan
dalam sektor pertanian Malaysia, terutamanya dalam menyumbang kepada industri penjagaan kesihatan,
suplemen dan farmaseutikal negara. Meskipun permintaan terhadap komoditi ini melonjak tinggi
ekoran khasiat perubatannya, pengeluaran berskala komersial di Malaysia masih terhad. Terdapat
beberapa cabaran kritikal yang membelenggu penanaman kunyit hitam secara konvensional (di atas
tanah) di negara ini. Cabaran utama adalah kadar pembesaran dan hasil tuaian rizom yang rendah,
berbanding dengan potensi sebenar tanaman ini jika diuruskan secara optimum. Kebergantungan
terhadap import bahan mentah juga membimbangkan yang mana sebahagian besar bekalan kunyit hitam
mentah atau ekstrak terpaksa diimport dari negara jiran seperti Thailand bagi menampung permintaan
industri tempatan. Situasi ini menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti
komoditi herba ini melalui inovasi pertanian.
| Weight | 300 g |
|---|





Reviews
There are no reviews yet.