Pada 2008, MARDI meneruskan usaha membangunkan baka ayam kampung yang bercirikan ayam kampung asli
dengan hanya menggunakan sumber genetik tempatan terpilih. Ayam MARDI dwifungsi telah berjaya dihasilkan.
Baka Ayam MARDI ini bercirikan ayam kampung asli yang seragam dari segi saiz badan, bulu, rupa dan
mempunyai prestasi pertumbuhan serta peneluran yang lebih baik berbanding dengan ayam kampung asli.
Ayam MARDI diternak secara teratur dengan pemberian makanan komersial yang seimbang dan mampu mencapai berat sekitar 1.5 kg bagi jantan dan 1.3 kg bagi
ayam betina pada umur 12 minggu dan telurnya menetas selepas 21 hari pengeraman.
Penerbitan Manual Teknologi Pengurusan Ladang Baka Ayam Saga ini diharapkan dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pegawai, staf, penternak/ usahawan bimbingan MARDI, syarikat dan individu
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam Pengurusan Ladang Baka Ayam
MARDI sama ada pembiak baka (GP) atau baka (PS).
| Weight | 300 g |
|---|




Reviews
There are no reviews yet.