MANUAL TEKNOLOGI SISTEM AMARAN AWAL DAN PEMANTAUAN SERANGGA PEROSAK PADI (BENAH PERANG)
RM25.00
Penerbitan manual ini amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran padi negara secara mampan dan efisien. Ancaman serangga perosak seperti benah perang merupakan cabaran utama dalam industri penanaman padi dan teknologi seperti perangkap cahaya modular ini dapat memainkan peranan penting dalam strategi Pengurusan Bersepadu Perosak (IPM) yang mesra alam dan kos efektif. Dengan adanya panduan ini, para petani, pegawai pengembangan serta pihak berkepentingan lain dapat mengaplikasikan teknologi ini secara lebih meluas dan berkesan di lapangan. Inovasi ini diharap mampu mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan racun kimia, seterusnya menyumbang kepada keselamatan makanan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti industri padi. Saya berharap manual teknologi ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada pesawah, pegawai pengembangan dan pemain industri padi yang terlibat dalam sektor penanaman padi negara. Manual ini juga bermanfaat bagi pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan pengawasan dan operasi kawalan perosak padi. Saya juga berharap manual teknologi ini dapat dijadikan rujukan oleh semua peringkat dalam usaha menangani serangan perosak padi dengan lebih efektif dan bersepadu
| Weight | 300 g |
|---|





Reviews
There are no reviews yet.