PERUSAHAAN PENGELUARAN LEMANG, LOPES DAN LEPAT MENGGUNAKAN SILINDER ACUAN DAN KETUHAR PEMANAS
RM4.00
200 in stock
Lemang, lopes dan lepat ialah makanan tradisional orang melayu yang dihasilkan dari beras pulut. Rasa dan cara hidangan ketiga-tiga jenis produk ini tidak banyak berbeza kerana ia dicampurkan dengan santan atau kelapa parut. Bagaimanapun rupa bentuk ketiga-tiga produk agak berbeza sedikit bergantung kepada bekas acuan dan bahan digunakan untuk membentuk produk tersebut. Lemang ialah produk berbentuk silinder kerana dimasak di dalam buluh yang disalut bahagian dalamnya dengan daun pisang manakala lopes berbentuk segi tiga atau bulat bergantung kepada bentuk kelongsong daun pisang yang disediakan. Lepat pulut pula ialah produk berbentuk silinder kecil yang dihasilkan daripada kelongsong daun kelapa muda yang dilipat sehingga membentuk sebuah takung kecil.
Weight | 100 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.