Durian belanda ialah buah tropika yang kurang popular kerana rasanya agak masam jika dimakan segar. Ia agak sukar dipasarkan dalam bentuk segar kerana buahnya akan menjadi terlalu lembut dan mudah rosak apabila masak. Untuk meningkatkan penggunaannya, buah durian belanda perlu diproses menjadi produk yang lebih menarik dengan jangka masa simpan yang lebih panjang dan nilai komersial yang lebih tinggi.
Kordial durian belanda amat berpotensi untuk dimajukan kerana rasanya yang unik dan tersendiri. Ia merupakan produk tropika yang boleh menyaingi minuman lain yang telah lama berada di pasaran seperti oren, nanas, markisa dan epal.
Siri panduan usahawan (SPU) ini diterbitkan untuk mereka yang ingin dan berminat untuk menjalankan perusahaan memproses kordial durian belanda.
Weight | 50 g |
---|
Reviews
There are no reviews yet.